Thursday, January 30

Review: Freshkon.

Testing with new contact lens. Freshkon. Review seminit daripada pemakaian aten selama sejam. Haaaa, semalam keluar dengan kakak cari contact lens, then kakak suggest untuk beli Freshkon.Setelah direview dalam google nie, banyak orang cakap selesa pakai Freshkon. Soooooo, tanpa berfikiran panjang aten pun surely decide la ambik Freskon nie. Tadaaaaaaa! Aah, betul laa rasa selesa, xrasa pedih, xrasa berair lagi mata aten nie. Dulu aten pernah pakai satu produk nie tapi aten xbole nak tahan sebab asyik berair je mata, at last kering cemtu jea contact lens tue. Then buang. Rugi jeaa. Btw, aten nak cuba dalam tempoh sebulan nie. Kalau betul okay dan selesa boleh laa terus guna lagi. Semalam my luck dapat promosi sempena Tahun Baru Cina. Soo harga dia murah sikit laa. RM35 for 1Month. .



Aten nak blogwalking tapi xsempat dalam 2 3 hari nie. Lepasni aten terjah yea. Nak on de way blik kampung , kenduri kawen . Ulalalaaa :O

Monday, January 27

Homemade: Aiskrim Tanpa Pengawet.


Demmm seriously cair tengok benda nie! Nyummmy . Super duper deliciousssss. Nak cuba tak? Sangat mudah.




Berkhasiat dan yang penting tanpa pewarna dan pengawet. Nyummm!
Selamat mencuba!


Credit to: AuraWhite.FB

Sunday, January 26

Free of Charge ke PARIS !!

Finally!!! Scream louder* Seeeeeee nampak tak ke excitedan tue? Hahaa. Mau taknya tempat nie yang paling paling palinggggg aten nak pergi. Akhirnya aten dapat pergi jugak. Dengan berbekalkan nasib yang ada aten dapat pergi ke sini dengan tanpa satu sen pon. Free of charge! Aten ulang ehh, Free of charge! Weeeeeee. Senyum sampai sekarang kay. Hah!


Acelli photoshop jea lebih. Huhuu. Testing testing. Kbye!

Wordless Sunday.



Rileks jap! Pernah buat tak?? Hahaaa. Semua tue aten pernah buat. Hewheww ^^


Saturday, January 25

Im your silent reader. . .

Kepada kamu.. Ya kamu..
Aku tak pernah berniat untuk merampas 'dia' dan 'dia' dari kamu,
Mereka hadir singgah dijalan ceritaku,
Cerita manis buat aku,
Tapi aku tau ianya cerita pahit untuk kamu.
Jangan pernah merasa itu lagi..
Kerna aku akan pergi dari 'dia' dan 'dia' ,
Dengan cara yang paling halus.
Biarkan 'dia' dan 'dia' membenci aku...
Kamu... Ya, kamu yang sedang membaca,
Jika punya naluri kamu pasti bisa merasa,
Bahagiakan mereka seperti yang kamu mahu.

Maafkan aku kerna hadir diantara kalian.


Nilai bukan dari luaran..

Kau pun xrasa apa yang aku rasa
Kau rasa beban dia sorang jea kan? 
Kenapa?
Aku?
Dalam otak nie kalau aku boleh scan kasi kau tengok,
Aku rasa terjojol biji mata kau tue,
Kalau boleh tengok pon mesti ngeri.
Aku pun xsanggup..
Errr. Aku pun ada perasaan dan hati. 
Fikirlah...
Hahahaa (ketawa sinis)

Never Let Me Go...

Friday, January 24

No more words. . .



Aku mencari identiti siapa kamu? 
Semakin hari semakin banyak bukti yang meragui.
Aku salah?
Atau betul hati naluri ini?
Aku percaya kerna sebuah menara itu,
Tapi...
Kita lihat sejauh mana permainan ini.



Thursday, January 23

Review Bloglist 2014.

Mekasih mekasih mekasih dan thankyou dan nandre dan syukran dan aligato gozaimas dan gracias dan xie-xie dan merci dan dan dan terima kasih sekali lagi.. Ehemm. Semput taip cemni. Acceli aten nak ucap terima kasih kepada yang sudi nak join dalam bloglist aten. Yeala blog dah laa ciput jea ingatkan dah xde yang sudi nak join. So dekat sini semua aten dah review blog2 korang. So lepasni boleh la aten masuk keluar masuk keluar sesuka hatikan. Hewheww ^^,

Feewit nama belog dia. Ehem, setelah diterjah selalu aten buka aten suka dengar lagu kat situ. Main sendiri ke? Aceli best sebab suka bunyi bunyi gitar tue.

Acelli blogger nie aten dah selalu jadi silent reader jea. Hahaa. Opss. Sebab selalu update entry best best kat situ. Input yang disampaikan pun mudah nak faham. Tak berbelit belit tak berjela jela. Senang cakap, simple tapi padat. Boleh macam tue? Try laa singgah.

Okay dekat belog Nadya nie yang aten sempat terjah cerita cerita travel dia. Cerita dekat Korea ada tak? Hmhhh! Jelesnyaaa. Teringin nak pegi jugak. Sobsobsob. Awak, nanti bawa kita ehh (kelip kelip mata) ><

Nah dekat sini pon macam macam cerita boleh dapat. Entry pon banyak. Waw kongsi laa sikit tips nak selalu ada idea tulis entry nie. Paling best cerita terbaru haritu. Resepi Kangkung. Ehemm. Kangkung oh Kangkung. Hahaha. Satu lagi suka kat part reviw Japannese word tue. Nice sharing :)

Firstly masuk sini tetarik sangat dengan header tue. Cantik dan kreatif! Teringin nak buat mcam tue tapi xpandai. Tapi tabik springggg la kat akak. Akak smpat jea buat entry selalu even dah berkeluarga. Lepasni nak terjah selalu2 g. Bole dapat tips kan ^^,

Kat sini rasa smooth jea bila masuk blog dia. Perkongsian tetang hidup dan isu isu semasa kan. Girl things. Semua ada. Nice dear.! Dan banyak juga join GA kan. Chaiyok chaiyok tau. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Fiza
Ahh jeles dengan header dia. Hello Kitty! My feveret ever after. Comel sokmo! Kemas jea segala susunan dalam belog nie. Paling geram hello kitty tue, dah histeria dah tiap kali masuk situ. Huhuhu. Ayat macam bombastik sikit. Hahaa . Tapi ini serious ^^

Nadia Farhana
First of all nak cakap best tengok banner tue. Waw nampak eksklusif!  Tak berkedip kedip tengok. Hahaa. Kat belog yaya korang bole buat tempahan. Yaya menyediakan tempahan untuk edit blog header dan sewaktu dengannya. Kalau rasa nak belajar sendiri, yaya pun ada sediakan tutorial. So, chekidautt!

Mizi Sempoi
Kehidupan tanpa paksaan. Tagline belog Mizi Sempoi. Yahh memang sempoii . Kat sini banyak juga cerita sempoi sempoi yang aten dapat baca. Kadangkadang tak terfikir pun ada cerita cerita cemtu. Fuhhh. Tahniah!

Celoteh Yaya
Pinkish and purplish belog. Hmmm sesejuk mata memandang seindah orangnya. Ehemm. Sepp sikit! Banyak nasihat teladan yang boleh dapat kat belog nie. Alhamdulillah semoga segala perkongsian memberi pelbagai manfaat kepada semua . Keep it up !

Cik Mun
Lalalaaa. Pinky juga kat sini. Loike! Eh ehh apa kita nak macam sama jea. Suka makan tapi xnak gemuk. Ekekekee. Ahh suka tengok resepi kat sini. First time tau ada nama kek swissrol kwangsoo aka zirafah. Giler best! Tengah cuba nak buat jugak nie ^^

Hazwan Hairy
Pehhh ini macam fomous amos sikit, dan rasanya kebanyakkan mesti kenal bloggers nie. Pernah tersenarai dalam beberapa majalah surat khabar majalah surat khabar dan majalah. Macam berulangkan? Tapi tue la kenyataannya.

Im Liniey
Banyak jugak pinkish blogger ehh. Dekat sini aten lepak lama lama layan movie Ariana Rose tue. Fuhh, nak tengok dekat tonton macam xreti jea. Meh mehh sesape yang rasa penat blogwalking nie, bosan ke, jom laa join lepak2 kat sini. Geledah laaa citer apa yang Liniey nie ada. Heheee :p

Cik Lily Putih
Masuk belog sini mesti nak kena bawa sapu tangan. Terpaksa control nafsu tiap kali tertekan part FOOD. Tengah tengah malam tulis post nie memang perut nie terus berkeroncong irama Datuk Siti NurHaliza. Kejap kejap dia hip hop sikit. Nie tengah rap. Ahhh. Laparrrr *Tutup lappy*

akuayut
Akak comel nie memang permanent bloglist dekat belog aten dah. Selalu ada jea citer yang comel2 dekat belog dia. Possing semua ala alaa tomeynnyaa. Sweet! Tapi jangan berani berani nak try. Dah berpunya kay. Tahniah akak. May ALLAH bless your marriage.

Dhiah
Mula mula hit blog nie, wah wahh macam dekat angkasa jea. Berlatar belakang kan spaces. Haa kalau ada blogger yang jenis suka join segmen and ga tue aten syorkan cer masuk sini. Banyak kot GA yang ada. Tinggal pilih jea. Ehh dulu aten nie style cari blog yg banyak GA jea, pastu join GA dari blog org tu sebab malas nak blogwalking banyak2. Tapi sekarang dah rajin dah. Hahahaa (tutup mulut). Btw GoodLuck ya. Chaiyok!

Arezie
Belog ne simple tapi ada pelbagai cerita. Cerita peribadi, cerita artis cerita pakar pakar motivasi pon ada kan? Ada review dekat part karya di hati. Hmm mendalam ayat ayat tue. Suka jugak baca. Boleh biat ilham kat situ. Heee ^^ Good job. Keep it up!

Izzah Punya Story
Tenang jea masuk dekat sini. Serba hijau. Mesti peminat tegar hijau nie. Kan kan kan? Mula mula masuk ingatkan kawan kita, tapi bukan laa, pelanduk dua serupa ahh. Sabahan bloggers betul kan? Hahaaa. Main cakap jea apa yang nampak kat belog.

Okay, sejujurnya aten buat review bedasarkan setiap kali aten usha usha belog tue. So kalau ada salah silap harap maaf ehh. Review nie pun sekadar suka suka jea. Kalau ada mana mana part yang terasa hati komen sikit ehh. And aten minta maaf. Hope selalu boleh main terjah2 pulak lepasnie. Done!

Tuesday, January 21

Mencari Bloglist baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam satu kangkung. Ehhhh! Maaf. Terkasar bahasa. Ehem! Ehem ! Straight to the point, memandangkan dah berabad dah tak ber hupdate, dah jarang nak ada idea untuk hupdate, dah jarang nak blogwaking dah jarang nak crawling jugak. So dekat sini aten nak cari bloglist yang baru. Bloglist lama aten dah macam sama sama dalam pakatan mogok jea. Aten review banyak jugak yang sejiwa dengan aten. Masing masing dah lama xberhudate. Hewheww, masing masing punya kerjaya dan kehidupan sendiri kan. 

Bloglist nie penting untuk aten sebab aten nie jenis yang malas sikit nak walking from chat to chat (shoutbox). Aten lebih suka walking from post to post. So senang la sikit bila ada bloglist nie, senang aten tengok bloggers mana yang dah buat post baru so terus terjah jea .  
Ehemm. Nampak sedikit kemalasan disitu dan bajet bajet famous de amor kan. Opss sorry morry. Sape sape yang rajin buat post tue, suka post dikomen, suka diterjah bertalu talu, suka promote post sendiri (selalu juga buat) mehhh la tinggal link dekat komen aten. Aten nak masukkan terus dalam bloglist aten. Senang nak hentam bertubi tubi nanti. Walawehh. Bye!

Senang jea keje orang malas nie. Hihihii (gelak dalam hati)

Monday, January 20

Giveaway Blogger SS

Tanpa mukadimah berbicara, hanya mengikut syarat yang telah ditetapkan... Nampak tak sikap malas yang semakin menjadi jadi nie? (COUGH)

Assalamualaikum,

Tanpa bicara yang panjang berlebar lebar, now nak citer pasal elemen dalam diri aten pulak ehh, hmm apa yea elemen yang ada aten sendiri xtau, yang aten tau elemen merapu merepek melalulut serta membebel sesuka hati jantung dan limpa itu pandailah. Dan persoalan mengapakah buat belog nie sebabnya adalah seperti elemen diatas. Hohoooo. Nie pun salah satu elemen juga, MALAS, ehemmm. Malas tapi nak jugak jadi orang yang berguna, orang yang berjaya dan famous di saentero dunia. Acano tue? Faham x mainan dia dekat sini? Haaa dah melalut kan? So terbuktilah elemen elemen yang dinyatakan tadi tue. So, bye!

Done! Dengan ini secara rasminya saya join giveaway nie.

 Yang sebenar benarnya, Fatennur.

Mr Instax Mini 8. Youre mine!

Yeahh! Finally! I got it. Instax mini. Weeeeeee. Nak sangat benda alah nie dari mula dia lahir ritu. Cam seronok jer, cam best jer. Yeala, shoot shoot trus bole dapat hasilnya. Like meggi curry. Hmmmm 2minit sajerr. Tapi xperlulah sampai nak rendam air panas pulak. 

So, masa dah dapat dekat tangan tue kebelengguan jugakla cemna nak guna nie?! Mode apa yang sesuai nie? Cemna nak ambil gambar cantik-cantik nie? Cemna nak dapatkan cahaya yg sesuai? Arghhhhh! How how howw???!! Nahhh histeria la pulak! Mau taknya film dia mahal kebapaan ahh. Nak kena betul betul pandaila, kalau x bazir jeala film tue. So, xpandai nak buat buat pandai, search jeala dekat google. Apa ada hal, semua maklumat dihujung jari kan , cuma dengan satu klik aja blaa blaa blaaaaa. Sorry, malas nak bebel panjang panjang, nie antara info yang telah dikenalpasti mengenai instant camera nie. Lets review. Checkidauutt!

4 Setting Instax 8:
Indoor : Gambar dalam rumah, ataupun tempat gelap-gelap.
Cloudy : Untuk gambar gambar bagi cuaca petang atau redup.

Fine : Cuaca yang cerah-cerah. 
Clear : Untuk cuaca tengahari atau panas terik.


Acelli susah juga nak dapatkan gambar yang cantik cantik. Kita kena pandai shoot jugakla kalau guna type camera macamni. So banyak-banyakla belajar ehh Try laa sehabis baik. For sure lama lama pandai laa teww. Hahaaha. Nasihat untuk diri sendiri yang xpandai2 lagi nie -,-''


Sunday, January 19

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.

Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)