
Kebanyakan
lelaki mudah tertarik kepada wanita yang bersifat lemah lembut , mengambil
berat dan bonus bagi mereka yang mempunyai wajah keibuan . Wajah yang keibuan
mampu membuat lelak tue beasa senang hati ketika mahu wanita . Jangan tunggu
sampai melahirkan anak baru menunjukkan sifat keibuan tue . Percaya , setiap
wanita ada potensi (‘:
Antara
sikap wanita yang di sukai :
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg
wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.
Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat
keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan
yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan
dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
2.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian
wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini
tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang
tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki
melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan
kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk
persoalannya.
3.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai
wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik,
bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut
menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya,
meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka
dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg
menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita
tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah
beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan
ramping walau dah punya anak 3??
4.
Pandai berbicara
Lelaki tertarik
dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik
perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita
tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif,
tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi
pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan
yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan
pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran
terbuka
5.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai
bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita
tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang
yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut
tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan
tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
6.
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita
yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan
kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan
mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar
keluar dengan indah & mempesona
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna
P/S : COPYPASTE (: