Sunday, July 14

Rezeki Ramadhan. Alhamdulillah .



Alhamdulillah . Rezeki ramadhan. Finally dapat juga aten further study lepas habis STPM. Aten pernah gagal dan hampir berputus asa. Tapi dorongan mama abah, kawan-kawan, cikgu aten cuba juga untuk kali kedua. Alhamdulillah ,Walaupun xdapat U yang aten nak aten tetap bersyukur dapat juga nak sambung belajar lepas nie . Berkat doa mama abah, kawan kawan , yg tercinta, yg terkasih , Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Doakan aten untuk tempuh kehidupan baru nanti ya. Sesi pendaftaran 1 September nie. Wuuuuu sedih laaa, sambut besday sensorang laa dekat sana .*wipe tears*. Ehh still ada 3 4 5 orang membe dekat sana. Hai hai , lambai tangan! Acceli dalam kegembiraan kesedihan tetap terasa, aten xdapat nak merealisasikan impian sama sama sambung belajar dengan seorang teman aten nie. Frust juga. Tapi xboleh nak buat apa apa kan. Rezeki masing masing siapa yg tahu. Mungkin ini yg terbaik. Untuk dia, dekat mana pun awak belajar saya tak kan lupakan awak. Hope kita akan still rapat macam sekarang. Walaupun jarak memisahkan kita, jangan kita sampai terputus hubungan nie. Sayang awak selamanya!

Taknak bebel panjang2 , rasanya belum terlambat nak wish Salam Ramdhan kan. Selamat menunaikan ibadah puasa dengan jayanya. Kawal nafsu tingkatkan mutu. In sha ALLAH. Semoga sama sama kita mendapat barakah dibulan yang mulia ini. Ameen -

NotaIbuJari: Tahniah jugak dekat cik Farah, satu satunya teman sosial sampai sekarang :)

Thursday, July 4

Tips Penjagaan Buah Pinggang .

Something yang nak di share selepas baca dari satu page nie :-


Buah pinggang adalah salah satu organ dalam tubuh yang sangat penting dan organ ini juga adalah organ yang mudah rosak biarpun hanya meminum minuman yang berperisa .Di bawah ini merupakan tips atau cara penjagaan buah pinggang. Dan itu pun kalau anda nak buah pinggang anda sihat kalau tak sila abaikan OK!

  • Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

  • Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei).

  • Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

  • Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

  • Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.


Sekadar perkongsian bersama -
Sumber:PDH.