Monday, October 14

Cerita Sebulan Lalu...

Now PlayingKu ingin kau tahu diri ini selalu menunggumu. Walau hingga hujung waktu...

 Lalalaa. . Suram aja mood harini. Hmm xtau cemana nak cerita, yeala cerita dalam belog di cop capub plak. So malas la nak cerita knapa. Tujuan menulis nie sebenarnya nak hapdate pasal how i am setelah sebulan bergelar siswi dekat UniMAP.

 'Hmm hmm hmm'. Acelli rasa cam dah setahun jea dekat sana, lamanya, sedar2 baru je sebulan, phewww! Bukan nak kata xenjoy, tapi xjumpa kot apa yg bole nak enjoy dekat sana. I means nak sesuaikan dengan situasi dekat sana. Bukannya xsesuai tapi..... hmm ntah la xde ayat yg betul plak nak describe. Hold on dulu la soal perasaan tue, 'yo yo' jea macam ada orang nak tau sangat -_-

Cerita soal kuliah, budak budak Unimap kos cam aten xde la dapat bilik kuliah yang besar tue, sebab student xsampai seratus kan. So bajet2 jeala bilik tue. Tapi so far selesa la. Dengan semua kemudahan tandas, projector, papan putih,kerusi,meja,air cond yang ala ala dekat kutub selatan. Gigil brrrrrrr! Alhamdulillah. 

Macam boring jea nak cerita pasal kuliah, bajet idea xde sebenarnya nak tulis apa plus MALAS. Hewheww. So, tengok gambar cukupla kot.

Oppss.


Pejabat pos boleh :p

Terasa bulat. Erkk -,-

Ngantukss.

Berminyak itu normal. Huh.


Muka bajet lapar sebenarnya...

Selesai. Inilah cerita sebulan yang lalu. Heeee. Publish !

Sunday, July 14

Rezeki Ramadhan. Alhamdulillah .



Alhamdulillah . Rezeki ramadhan. Finally dapat juga aten further study lepas habis STPM. Aten pernah gagal dan hampir berputus asa. Tapi dorongan mama abah, kawan-kawan, cikgu aten cuba juga untuk kali kedua. Alhamdulillah ,Walaupun xdapat U yang aten nak aten tetap bersyukur dapat juga nak sambung belajar lepas nie . Berkat doa mama abah, kawan kawan , yg tercinta, yg terkasih , Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Doakan aten untuk tempuh kehidupan baru nanti ya. Sesi pendaftaran 1 September nie. Wuuuuu sedih laaa, sambut besday sensorang laa dekat sana .*wipe tears*. Ehh still ada 3 4 5 orang membe dekat sana. Hai hai , lambai tangan! Acceli dalam kegembiraan kesedihan tetap terasa, aten xdapat nak merealisasikan impian sama sama sambung belajar dengan seorang teman aten nie. Frust juga. Tapi xboleh nak buat apa apa kan. Rezeki masing masing siapa yg tahu. Mungkin ini yg terbaik. Untuk dia, dekat mana pun awak belajar saya tak kan lupakan awak. Hope kita akan still rapat macam sekarang. Walaupun jarak memisahkan kita, jangan kita sampai terputus hubungan nie. Sayang awak selamanya!

Taknak bebel panjang2 , rasanya belum terlambat nak wish Salam Ramdhan kan. Selamat menunaikan ibadah puasa dengan jayanya. Kawal nafsu tingkatkan mutu. In sha ALLAH. Semoga sama sama kita mendapat barakah dibulan yang mulia ini. Ameen -

NotaIbuJari: Tahniah jugak dekat cik Farah, satu satunya teman sosial sampai sekarang :)

Thursday, July 4

Tips Penjagaan Buah Pinggang .

Something yang nak di share selepas baca dari satu page nie :-


Buah pinggang adalah salah satu organ dalam tubuh yang sangat penting dan organ ini juga adalah organ yang mudah rosak biarpun hanya meminum minuman yang berperisa .Di bawah ini merupakan tips atau cara penjagaan buah pinggang. Dan itu pun kalau anda nak buah pinggang anda sihat kalau tak sila abaikan OK!

  • Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

  • Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei).

  • Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

  • Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

  • Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.


Sekadar perkongsian bersama -
Sumber:PDH.

Monday, June 17

Random .

...............................................................


Aku xminta untuk punya perasaan macamni . Aku xberniat untuk menjadi penghalang kepada siapa siapa pun . Semua nie adalah takdir , semua adalah ketentuan . Ketentuan yang xbisa diatur . Ketentuan atas kehendakNya yang menyimpan bermacam hikmah disebaliknya . Mungkin . . .

Aku berserah .


Sunday, March 31

Everything is over :')

Assalamualaikum :-


Haipp , tengok tajuk macam dramatik sangat jea kan . Hahaa . What is over ? Erm something yg sememangnya aten harus lepaskan . Now aten dah boleh terima hakikat untuk melepaskan . Alhamdulillah . Mulakan hidup baru dengan cerita baru dan episod yang episod baru . In sha ALLAH . May ALLAH bless me . Aminn . Kekadang apa yang kita rasa milik kita tidak semestinya selamanya menjadi milik kita . Semua kan hanya pinjaman je buat sementara . Syukur diberi nikmat kebahagiaan walaupun sekejap , mugkin aten xcukup besyukur dengan kebahagiaan yg aten dpat selama nie , last nya Allah dah menariknya sekarang . Aten pasrah aten reda , kenapa aten nak sedih dan terus seksa diri aten untuk sesuatu yang memang bukan ditakdir kan untuk aten . Aten yakin , aten percaya ALLAH mesti dah menetapkan sesuatu yang terbaik untuk aten . In sha ALLAH :')

Dear awak , saya tak akan sekali kali berdendam dengan awak , dan saya terima cara awak . Saya maafkan awak , dan saya harap awak pon sudi untuk maafkan saya , dan saya harap awak akan jumpa someone yang sangat serasi dangan awak , yg boleh faham awak dan yg boleh ikut rentak awak . Maaf saya tak dapat jadi yang terbaik walaupun saya sentiasa berusaha kearah tue . Thanks for everything .

-End of topic-  

Lepas nie aten harap dapat sambung belajar pulak . Setahun derita meratapi kegagalan yang xsudah sudah aten harap dengan keputusan nie ada rezeki untuk aten mengikut jejak langkah kawan kawan kat sana . Im really hope it . 

Belog semakin lama semakin usang dibiar kesunyian tanpa update2 entry macam dulu . Masa sentiasa mencemburui aten . Apakah daya kann ? Alaaa alasan yang paling klise jea nie , saje xnak mengaku hakikatnya malas nak hapdet belog . Kesiannn dia kesepian . Heeeee .

P/s : Move on aten  !