Monday, October 29

Silent Entry -

Assalamualaikum :-

Happy Eid Adha yaa wat semua muslimin dan muslimat . Now you on silent entry . Just relax and scroll down . Biar hanya gambar berbicara :)
Huarggh :'O

Penjaga gadget2*
umah tokwan - KEDAH

me. orange day :)

unsecretostories & gadesungumembebel


adek and little cute sedara :)

MySista wif younger brader

fatinshahirah

candid*

onebigfamily

Ada lagi sebenarnya tapi xsemua yang nak masuk dalam gambar nie , konon2 bajet segan . Alahai .

Raya haji tahun nie rasanya antara yang paling meriah sebab dapat berhimpum semua family aten dekat kampong sebab semauanya balik tahun nie . Selalunya susah nak dapat jumpa reramai cemni :D

P/s : Exam dah nak dekat , wish me Luck okay !



Wednesday, October 24

Tutorial : Scroll Bar Berwarna .

Assalamualaikum :-

Nak cuba tak buat kotak scroll bar yang comel . Yang ada kaler-maler tue .



1 . Template ----> Edit Html ----> Proceed

2 . Tick expand widget ----> Ctrl F , cari kod nie :-

]]></b:skin>

Dah jumpa ? Next :)

3 . Copy code nie , then paste atas kod korang cari tadi .

::-webkit-scrollbar {
height:9px;
width: 9px;
background: #FF66CC;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #66CCFF;
-moz-border-radius: 0px;
border-radius: 0px;
}

4 . Preview then save !


Kalaw nak background bergambar gantikan code nie background-image:url(URL BACKGROUND); dengan tulisan kelabu tue .

*warna biru kalaw nak tukar kod warna . Sini -
*warna merah tue kalaw korang nak bagi nampak ada border , so adjust ikut kesesuaian .

Tuesday, October 23

New Design , New Mood :)

Assalamualaikum :-

(Entry Ringkas)
Holla , selamat pagi-pagi . Punya tekun mengedit sedar-sedar dah pukul 02.20am . Walawey betul , besok confirm malas nak bangun . Hiii , tapi  demi belog kesayangan aten nie , aten berusaha jugak nak kasi dia baju baru . Soooooo . apa yang boleh nampak sekarang nie larh design baru aten . Nampak lebih ceria sikit berbanding yang lepas agak pale sikit . Acelli aten lebih suka warna-warna pale tue , tapi disebabkan nak rasa kelainan sikit , aten change warna yang kontra-kontra sikit . Hohoo , Biar terbeliak mata readers yang sudi masuk belog aten nie . Heee , btw apa pendapat korang ehh ? Agak sesuai x ? Sakit mata sangat tak ? 

Ehemm , aten nak respon sikit ehh :) 

Thanks Yaa ^^


Thursday, October 18

Relaks Otak :)

Kisah 1 :-
Kisah SAM dan DOL .

Sam : Semalam aku nampak hantu !
Dol : Abis kau tak terkejut ?
Sam : Taklah , hantu tu yang terkejut tengok aku . Hahahaa *bangga*
Dol : Cehh , belagak ! Apsal pulak dia nak takut tengok kau ?
Sam : Sebab aku tengok muka dia pucat lesi jea masa dia nampak aku tue ~
Dol : -,-

Kisah 2 :-
HIV

Wahab berjumpa dengan Usin kemek di tengah jalan lalu bertanya :- 

Wahab : '' Kau ada HIV kan ?''
Usin : *bengang lalu menjawab, '' Kau gila ! Mana aku ada HIV !''
Wahab : '' Kau jangan tipu aku laa sinn. Aku dah tanya kat 9 orang yg lain dan kau yg ke 10 . Maknanya meman sahlah kau ada HIV .
Usin : '' Kau jangan nak buat fitnah kat aku pulak . Fakta mana yang dapat sahkan dakwaan kau ni ??
Wahab : Aku dapat dari internet . Katanya dekat negara kita seorang daripada 10 orang merupakan penghidap HIV , kau orang yang ke 10 , maknanya memang sahla kau ada HIV !
Usin : asdfhgjhlkl#@$% kau wahabbb !
Usin dibelasah sehingga koma -



Kisah 3 :-
Sila Datang Lagi .

Ah Ciong mengaru garu kepalanya yang botak , sebenarnya xgatal pon tapi sudah menjadi rutin hariannya untuk mengaru sehingga beliau rasa kepuasan dihati . Actually dia tengah memikirkan masalah kedainya yang dah 3kali dimasuki perompak . Raju sahabat karibnya bersimpati lalu berkata . ''Sabarla Ah ciong , ini semua dugaan jerrr ~ . Ah ciongg menjawab '' masalahnya dah kali broo ! nie baru bulan pertamaa . Bulan kedua ketiga bangkrup larh aku ! '' . Lantas Raju memberi cadangan, '' Apakata kau jangan letak papan tanda ''SILA DATANG LAGI'' , mesti lepas nie waa gerenti seratus peratus perompak tue xmasuk kedai kau dah . Caya laa *dengan penuh keyakinan*


Tuesday, October 16

Surprise Party :)

Assalamualaikum :-
Holaa dan selamat petang .

Pada tanggal 9 October lepas pada hari Selasa , ye selasa bukan rabu atau khamis atau ahad kalaw xpercaya sila tengok kelendar di dinding2 rumah anda (perlu ke) . Ehemmm xperlu la mukadimah panjang-panjang kan , berbalik pada tajuk entry Surprise Party xdewla party sangat sebenarnya . Masa nie aten tengah tuisyen act. betapa sedang khusyuk mentelaah menjawab soalan yg diberi oleh cikgu tiba-tiba orang sekeliling aten seolah -olah bercakap menggunakan bahasa isyarat yang entah kebluran aten disitu sebab xfaham apa apa . Arghh APAKAH mereka ini ? Tapi disebabkan sebagai seorang pelajar contoh yang dihormati lagi disayangi serta di kagumi aten pura-purala malas nak ambik port . Alahh bukan masuk dalam periksa pon . So teruskan menjawab soklan2 sambil kepala toleh kanan toleh kiri *xnak kawan sebelah tiru jawapan* . Huuhuu -

3SAAT SELEPAS ITU :-
Selamat hari jadi , Selamat hari jadi , Selamat hari jadi toooo _ _ _ _ _ _
Selamat Hari Jadiiiiiii . lololooool*vokal mantap dari cikgu tersangat lah WOWW !
*Meleleh air mata* (drama jea) rupanya ada surprise birthday dekat aten . Tak tersangka jugakla sebab bufday aten dah lepas lama kann . Kalaw dihitung dengan jari kaki dekat sbulan jugakla . Tapi dengan belagak machonya aten sekadar melempar sebuah senyuman yang tersangat manis serta sepatah dua ucapan kepada peminat-peminat yang sudi hadir memeriahkan majlis .Ohh em gie -,-

Sebenarnya ada seorang sista tu yang sama seperjuangan dengan aten jugak yang hadiahkan kek tue , dan untuk pengetahuan anda semua semua semua jugak dia yang buatkan kek tue . Alahai , spesel nya rasa terasa dunia milik akuuu yang punyaaa !!! HAHAHAAA *gelakbidadari*

Biar hanya GAMBAR berbicara . *Boleh laa tanya apa apa soalan dekat dia :-

choc moist cake *fevret*
sedikit capture
antara hadiah aten dapat-
Sooo , thats ALL . Thank so muck gilerrr giler to all of you . Giler happy gilerrrr larh malam tue plus terharu skit :') *berapa kali giler tetaw*

P/S Thanks toooo kakak sayang adila yang berjaya menjayakan parti tersebut , seriously sangat sangat dan sangat terharu . Lap you larh darling ^0^

Wasalam :-

Tuesday, October 9

Entry tertunggak -

Assalamualaikum :-

Holla ! Lama jugak aten xwat entry baru , memandangkan masa selalu tidak mengizinkan dan aten sendiri yang telah berhajat dan berazam untuk tidak selalu online . Thats all atas sebab aten nak exam hujung bulan 11 nie . So , kemungkinan laa nie post terakhir untuk bulan nie (maybe) . Lepas nie nak lebih concentrate dengan study larh . Aten alergik sikit bila depan pc / lappy , aten dah tak boleh nak berganjak mana-mana dah kalaw ada kat depan *mereka* nie . So langkah paling bijak adalah dengan melipat-lipat lappy / pc nie dan disimpan kan dibawah katil serta membahagi-bahagikan kepada mereka yang memerlukan . Lol ! Merapu dahhh ~ 

Entry tertunggak tue , acceli aten nak post pasal nuffnang . Aten taip entry tue lama dah , tapi disebabkan menunggu jawapan dari nuffnang xtersampai-sampai jugak ,  so , xjadila nak post entry tue . Entry tue berkaitan isu nuffnang yang memberi Cpuv or BE secara keterlaluan dan melampau . So pada pendapat aten kemungkinan ada masalah teknikal sikit la dengan nuffnang haritu , but bila harini check account dah xde dah semua tue , dah back to normal dan tidak menyebabkan apa-apa kemalangan jiwa berlaku . Walaupun pada mulanya terasa berterbangan di angkasa lepas kerana betapa masyuknya earning nuffnang , rupanya hanya mimpi di siang hari *meraung* ! *jeling-jeling* . Tapi cemna pon still setia dengan nuffnang . Kesalahan anda di maafkan . Lalalaalaa ~

Stop nonsense !
Dengan secomel-comelnya aten nak minta korang semua doakan aten untuk exam aten kali nie . Doakan aten bole jawab exam kali nie dengan tenang dan doakan aten bole jawab exam kali nie dengan lebih baik serta doakan aten untuk dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya . Aminn !
Terima Kasih , Wasalam (◕‿◕)

Monday, October 1

Jangan dan Jangan . Please yaa ~

Assalamualaikum :-

Malam-malam sambil bancuh milo cicah pulak dengan roti . Layan jugak larh ~ Ehem ehem , Semua sehat ke ? Aiseyy , xpernah pernah intro macamni . Tapi apa salahnya kan . Bertanya khabar antara rakan-rakan maya neh . Okey stop bubling blaa blaa blaa -.-

Entry aten nie just nak tegur kepada setengah-setengah warga pengguna yang masuk belog aten nie then korang spam link korang dekat CHAT BOX tue . Alahh , kenapa perlu wat macamtu , SORRY TO SAY , semak larh . Aten rasa bukan aten jea xsuka , mesti pengguna laen pon xsuka macam tue . One more thing , kalaw betul nak tambah income korang tue minta larh baek-baek . Guna larh ayat *minta tolong datang klik churp/says saya yea* , *saya jentik2 iklan dekat sini* , *cuit iklan yang ada* . Antara contoh ayat yang buat aten rasa ikhlas nak pergi tekan iklan-iklan-iklan dan iklan korang tanpa berkira . Mula aten rasa okey jea setakat dua tiga link  . Tapi nampak gayanya makin menjadi-jadi pula spam link tue kat CBOX aten . 

sumber google-


Please , Please , Please jadi larh pengguna berhemah sikit ehh . Bukan nak marah tapi setakat nak menegur , for your information aten selalu cepat pangkah jea bila dapat link cemtu . So , xde makna larh korang letak link2 cemtu . Maaf ehh . Bukan berkira tapi xbest larh macamtu , xde kamceng2 larh anatara bloggers sekalian . Better letak link blog korang sekali , lagey best kan bole terjah semua apa yang ada ^^,

Thats all , sorry kalaw entry nie macam sengal jea , sekadar berkongsi apa yang perlu ditegur jea . Kalaw xsuka bole pergi main jauh-jauh heww heww ^^ .Wasalam -