Monday, June 25

Genit ? Petite ?


Kenapa aten pilih tajuk nie , sebenarnya im one of that lucky person in de world :) Bangga bersyukur okeh ~ Siapa kata gadis Genit atau dengan nama yang lebih 'glamer' Gadis Petite , tak boleh berfesyen , tak cantik bile berfesyen ? Sebenarnya ia merupakan satu kelebihan dimana bagi kita kita yang bertubuh genit nie baju yang besar besar tue bolehla di alterkan menjadi kecil mengikut saiz yang sesuaila . Selalu aten nie kalaw nak cari baju adalah perkara yang paling susah , sukar , sehingga menyebabkan stress . Alahaii , selalu baju yang aten suka nie bila angkat jea , aduyaii , labuh ? besar ? londeh ? Bukan niat nak cari baju kecik2 . tapi bayang jeala , dahla tak cukup ketinggian nak pakai baju besar2 , tak ke nampak lagey RENDAH ? Hmmm . So , antara maklumat2 yang aten dapat setelah 3 hari 3malam aten search pasal Fesyen Gadis Genit nie , nahhhh dah tertulis dekat bawah , jom terjah tengok !

Pilih Satu Warna :
Hal ini bagi menutup kekurangan samada seperti ketinggian , padankan seluar atau skirt sewarna dengan baju . Antara warna warna yang sesuai adalah warna warna yang gelap :)

Line Lurus :
Tips nie aten pernah tengok dalam satu rancangan tibi , siaran apa aten dah ingat pulak . Dia cakap pilih baju tue dengan garisan menegak , baju tersebut tak semestinya mempunyai jaluran yang menegak . Cukuplah sekadar potongan yang menegak menampakkan tubuh genit korang lebih tinggi .

Pemakaian Aksesori :
Elakkan daripada memakai beg tangan yang terlalu besar . Nampak sangat tak match dengan anda yang keil . Then lebih baik elakkan daripada memakai baju yang sarat dengan labuci atau manik .

Tumit Tinggi :
Nie antara salah satu tips yang semestinya semua dah tawu . Nie jalan penyelesaian yang paling mudah laa bagi aten . Namun ada juga fesyen heel yang patot dielakkan . Contoh , elakkan lah daripada memilih heels yang mempunyai terlalu banyak tali kerana ia akan lebih menampakkan kaki tue lebih pendek .


Tidak’ pada skirt mini :
Tolak sekeras kerasnya pada gaun pendek dan skirt mini ! Walaupun ia nampak menawan , namun ia sama sekali tidak sesuai bagi golongan petite . Kaki kamu akan nampak lebih pendek dengan skirt mini yang tinggi daripada paras lutut .

Berkolar V :
Pilihlah top dan jaket yang berkolar V atau bentuk U . Bentuk kolar baju seperti ini dapat memberi ilusi terhadap bentuk leher agar nampak lebih jinjang . 


So , saja nak disimpulkan dekat sini , tak kisah lah Genit ke , Kurus ke , Gempal ke ,  setiap ciptaan ALLAH ada keistemewaanya tersendiri . Dan yang paling penting setiap ciptaan ALLAH adalah cantik :)

CANTIK itu SUBJEKTIF !

Thursday, June 14

Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki .



Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada wanita yang bersifat lemah lembut , mengambil berat dan bonus bagi mereka yang mempunyai wajah keibuan . Wajah yang keibuan mampu membuat lelak tue beasa senang hati ketika mahu wanita . Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru menunjukkan sifat keibuan tue . Percaya , setiap wanita ada potensi (‘:


Antara sikap wanita yang di sukai :

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.


2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.


3. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??


4. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka


5. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.


6. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona


Inilah sifat seorang wanita yang sempurna

P/S : COPYPASTE (: