Monday, June 25

Genit ? Petite ?


Kenapa aten pilih tajuk nie , sebenarnya im one of that lucky person in de world :) Bangga bersyukur okeh ~ Siapa kata gadis Genit atau dengan nama yang lebih 'glamer' Gadis Petite , tak boleh berfesyen , tak cantik bile berfesyen ? Sebenarnya ia merupakan satu kelebihan dimana bagi kita kita yang bertubuh genit nie baju yang besar besar tue bolehla di alterkan menjadi kecil mengikut saiz yang sesuaila . Selalu aten nie kalaw nak cari baju adalah perkara yang paling susah , sukar , sehingga menyebabkan stress . Alahaii , selalu baju yang aten suka nie bila angkat jea , aduyaii , labuh ? besar ? londeh ? Bukan niat nak cari baju kecik2 . tapi bayang jeala , dahla tak cukup ketinggian nak pakai baju besar2 , tak ke nampak lagey RENDAH ? Hmmm . So , antara maklumat2 yang aten dapat setelah 3 hari 3malam aten search pasal Fesyen Gadis Genit nie , nahhhh dah tertulis dekat bawah , jom terjah tengok !

Pilih Satu Warna :
Hal ini bagi menutup kekurangan samada seperti ketinggian , padankan seluar atau skirt sewarna dengan baju . Antara warna warna yang sesuai adalah warna warna yang gelap :)

Line Lurus :
Tips nie aten pernah tengok dalam satu rancangan tibi , siaran apa aten dah ingat pulak . Dia cakap pilih baju tue dengan garisan menegak , baju tersebut tak semestinya mempunyai jaluran yang menegak . Cukuplah sekadar potongan yang menegak menampakkan tubuh genit korang lebih tinggi .

Pemakaian Aksesori :
Elakkan daripada memakai beg tangan yang terlalu besar . Nampak sangat tak match dengan anda yang keil . Then lebih baik elakkan daripada memakai baju yang sarat dengan labuci atau manik .

Tumit Tinggi :
Nie antara salah satu tips yang semestinya semua dah tawu . Nie jalan penyelesaian yang paling mudah laa bagi aten . Namun ada juga fesyen heel yang patot dielakkan . Contoh , elakkan lah daripada memilih heels yang mempunyai terlalu banyak tali kerana ia akan lebih menampakkan kaki tue lebih pendek .


Tidak’ pada skirt mini :
Tolak sekeras kerasnya pada gaun pendek dan skirt mini ! Walaupun ia nampak menawan , namun ia sama sekali tidak sesuai bagi golongan petite . Kaki kamu akan nampak lebih pendek dengan skirt mini yang tinggi daripada paras lutut .

Berkolar V :
Pilihlah top dan jaket yang berkolar V atau bentuk U . Bentuk kolar baju seperti ini dapat memberi ilusi terhadap bentuk leher agar nampak lebih jinjang . 


So , saja nak disimpulkan dekat sini , tak kisah lah Genit ke , Kurus ke , Gempal ke ,  setiap ciptaan ALLAH ada keistemewaanya tersendiri . Dan yang paling penting setiap ciptaan ALLAH adalah cantik :)

CANTIK itu SUBJEKTIF !

8 comments:

fadh leyanie said...

setiap ciptaan itu cantik dari pelbagai sudut.^^

Mawar Indah said...

saya pun genit jugak..thanx 4 de tips~

unsecretostory said...

yup . suka ayat niee :)

unsecretostory said...

genit itu comel , wahahaa !
welcome dear :)

Unknown said...

Petite itu unik.. Petite itu comel.. :))

unsecretostory said...

hmm . alhamdulillah setiap ciptaanNYA ada kelebihannya :))

Fariz Reza [FR] said...

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog Fariz ya?

Terima kasih tau , fariz datang follow balik sini . Follower yang ke 275

Fariz berharap awak dan saya dapat jadi rakan rapat dan rakan bertukar pendapat dalam dunia blogger ni ,
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

From: Fariz Reza [Dot] Com

unsecretostory said...

terima kaseh follow sini jugak .
hoping too :D
yaa , salam perkenalan .