Saturday, July 21

Khasiat Minuman .


Hai mesti letihkan blogwalking sana blogwalking sini . Apakata rehat dulu mai minum sini , order jea apa air maww ? Tapi buka puasa nanti baru minum yea . hehee . entry baru nie aten nak cerita khasiat2 yang terdapat dalam sesetengah minuman yang kita minum . mungkin ada yang kita sedar dan tidak . Mungkin dah tahu mungkin x . Mungkin mak abah dah cerita ,tokwan nenek opah , xpon cikgu2 ke , rakan rakan atau sahabat handaii ke , ataupon adek2 , mungkin jugak kan . Haa , entry nie ditaip laju laju , korang pon baca la laju laju yaa . Kalaw ada Typoo  tue harap maaf yaa . Saya manusia biasa xlepas dari melakukan kesalahan . (peewitt)

SUSU KAMBING
Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) penyebab utama alahan . Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu . Proses pencernaan susu kambing hanya 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam . Kajian telah mendapati susu kambing adalah Susu Yang Terbaik selepas susu ibu kerana juga mengandungi pelbagai sumber protein seperti tenaga , lemak , kalsium , zat besi aan sebagainya .

AIR MILO
Sure ramai suka jaa air nie , antara khasiat or keistemewaan la yang boleh dapat dalam air milo nie ialah Air MILO ada Protomalt , ekstrak malt istimewa Nestlé dengan campuran macam2 jenis Karbohidrat yang bagi tenaga and nutrien yang diperlukn oleh tubuh kita. Hanya MILO yang mengandungi Actigen-E, gabungan lapan jenis vitamin dan empat jenis mineral yang kaya magnesium dan tahap Vitamin B, Vitamin C dan Kalsium yang dipertingkatkan bagi mengoptimumkan pengeluaran tenaga dari makanan. Milo juga kaya dengan Vitamin B12 dan Zat Besi untuk pembentukan sel darah merah. Untuk mereka yg inginkan tulang dan gigi yang kuat, Milo kaya dengan Kalsium dan Magnesium bagi penyerapan Kalsium ke dalam badan.

TEH .
 Penelitian menunjukkan bahwa teh meningkatkan aliran darah dan kemampuan arteri untuk rileks, namun penelitian di Rumah Sakit Charite di Universitas Berlin menemukan bahwa susu mengurangi impak perlindungan terhadap penyakit jantung. Mereka menemukan bahwa protein yang disebut kasein dalam susu dapat menurunkan jumlah komponen dalam teh yang dikenal sebagai ‘catehins’, yang dapat meningkatkan perlindungan terhadap serangan jantung. Mereka percaya penemuan itu, yang dilaporkan dalam Jurnal Jantung Eropa, dapat menjelaskan mengapa negara seperti Inggris, dimana teh secara rutin dikonsumsi, tidak menunjukkan penurunan resiko serangan jantung dan stroke dari kebiasaan minum tehnya.

AIR KELAPA
Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan. Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang. Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat. Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS. Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

SOYA
Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur . . Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin. Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.

BARLI
Banyak khasiat Air Barli ni kan, antaranya menyejukkan badan, melawaskan sistem pembuangan air kecil, meningkatkan kesihatan buah pinggang, juga dikatakan boleh merendahkan kolesterol dan dapat mencegah penyakit kanser. Untuk org berpenyakit buah pinggang mmg elok diamalkan minum Air Barli ni. Jika meminum air barli dan selalu diamalkan, ianya juga dapat mengurangkan risiko kencing manis , btw pastikan kandungan gula tidak berlebihan yaa . sesudu sudah cukup kurang lebih baik (iklan satt ) .

ASAM JAWA
Asam jawa sangat banyak khasiatnya bukan sahaja untuk kecantikan muka, untuk kesihatan tubuh badan juga. Asam jawa bukan sahaja digunakan di negara kita je, negara-negara luar seperti Eropah, India, Jepun dan lain-lain . Khasiatnya mampu memberi kebaikan kepada perut kita. Asam jawa boleh menjadi pelawas dan membantu sistem penghadaman makanan. Bagi mengubati sakit tekak dan demam . Selain itu, penggunaan asam jawa dalam makanan kita adalah sangat lazim. Bukannya saja-saja nak letak tau. Mungkin banyak lagi apa aten taip adalah sebahagian yang aten tahu jea .




Kalaw nak cerita pasal semua jenis air dalam dunia nie memang beratus entry lpon xkan habis . Apa aten tulis yang mana terlintas dan yang mana sempat mengoggle jaa . Kadang2 masalah kelembaban line nie datang walauppon sekali sekala membuatkan mood mati tanpa berkubur . So nie jea sempat aten research . Woooot . Thanks for reading Peeps !

P/S : Puasa tak ? Tahan Nafsu Anda Yea . Salam Ramadhan .



No comments: